Khamis, 19 Mei 2011

KEAJAIBAN SARANG LEBAH

Salah satu fakta yang paling menarik tentang lebah ialah sarangnya yang berbentuk heksagon. Dengan memerhatikan sekumpulan lebah yang membuat sarang, hasil pengkajian ini sangatlah mengelirukan. Setelah apa yang kita lihat, sarang lebah adalah berdasarkan pengiraan yang mana manusia tidak akan dapat mencapainya kecuali dengan bantuan teknologi terkini. Lebah seharusnya menguasai terlabih dahulu subjek senibina, matematik, dam geometri sebelum berupaya menhasilkan binaan yang menakjubkan ini.Tetapi sebaliknya mereka tidak memerlukan semua ini kerana telah menguasainya sejak mula menetas dari kepompong.


 Ibnu Arabi Al-Maliki telah berkata, "Daripada keajaiban-keajaiban lebah yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T ialah dengan mengilhamkan kepada lebah supaya membuat sarangnya yang sama yang mana sel-selnya berbaentuk enam persegi."                                                        
                                                                                                                         
Manusia tidak akan dapat melukis bentuk heksagon dengan sempurna tanpa bantuan alat geometri
Para saintis yang mengkaji tentang lebah telah mengeluarkan pertanyaan yang sangat mendalam iaitu mengapa lebah-lebah tidak membina sarangnya secara rawak atau bentuk lain seperti pentagon, oktagon atau bentuk tiga segi tetapi memilih bentuk heksagon (enam persegi)?        

 Karl Von Frisch, penulis buku Animal Architecture dan merupakan seorang saintis yang terkenal telah menjawab persoalan ini dalam bentuk ayat dibawah:
"Jika sel-sel berbentuk bulat atau berbentuk lain seperti oktagon atau pentagon, maka akan wujudlah ruang-ruang kosong di antara ruang-ruang tersebut. Ini bukan sahaja akan menjadikan pembinaan sel tidak sempurna, malah ia juga       akan memaksa lebah-lebah tersebut membina dinding sebagai pemisah pada seluruh sel atau sebahagiannya dan ini akan melibatkan banyak pembaziran bahan. Semua kepayahan ini boleh diatasi dengan menghasilkan bentuk tiga segi,empat segi atau heksagon.Dengan menyediakan kedalaman yang sama semua sel akan mempunyai isi padu yang sama. Walaupun ketiga-tiga bentuk ini mempunyai keluasan yang sama, tetapi heksagon mempunyai ukur lilit yang kecil. Ini bermakna sudah tentulah bahan yanag akan digunakan untuk menghasilkan sel adalah sama tetapi sedikit sahaja yang akan digunakan untuk menhasilkan heksagon."

Selain itu, ahli matematik yang mencari jawapan kepada persoalan ini telah mencapai satu konklusi menarik, "Heksagon adalah sebuah bentuk geometri yang paling sesuai untuk kegunaan maksimum sesuatu kawasan."

Cara yang digunakan untuk membina sarang juga amat menakjubkan. Lebah-lebah ini memulakan pembinaan sarangnya daripada dua atau tiga tempat yang berbeza dan menganyam sarang ini serentak dalam dua atau tiga pintalan. Walaupaun mereka memulakan pembinaan di tempat-tempat yang bebeza, lebah-lebah yang terdiri daripada jumalah yang banyak dapat membina heksagon dengan baik. Akhir sekali, titik-titik tadi akan bertemu di tengah dan disambung dengan begitu baik hinggakan tidak terdapat tanda yang manunjukkan ia telah disambung.

Oleh itu, lebah adalah haiwan yang diciptakan oleh Allah. Mereka tidak pernah mengalami proses evolusi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Bentuk mereka seperti mana yang kita lihat pada hari ini masih lagi sama sejak awal ia mula diciptakan.
Anatomi Lebah
                                                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan