Khamis, 19 Mei 2011

BIOMIMICRY

<a href="http://us1.harunyahya.com/Detail/T/RYUI2FVL184/productId/22538">Sila Klik Disini</a>
Apakah itu biomimetik? Bagi sesetengah dari masyarakat mungkin baru sahaja mendengar  perkataan ini namun ianya memang sudah terlalu lama wujud dimuka bumi ini kerana segala aspirasi alam flora dan fauna ini telahpun digunakan oleh nenek moyang kita sejak dulu. 

KEAJAIBAN SARANG LEBAH

Salah satu fakta yang paling menarik tentang lebah ialah sarangnya yang berbentuk heksagon. Dengan memerhatikan sekumpulan lebah yang membuat sarang, hasil pengkajian ini sangatlah mengelirukan. Setelah apa yang kita lihat, sarang lebah adalah berdasarkan pengiraan yang mana manusia tidak akan dapat mencapainya kecuali dengan bantuan teknologi terkini. Lebah seharusnya menguasai terlabih dahulu subjek senibina, matematik, dam geometri sebelum berupaya menhasilkan binaan yang menakjubkan ini.Tetapi sebaliknya mereka tidak memerlukan semua ini kerana telah menguasainya sejak mula menetas dari kepompong.