Khamis, 19 Mei 2011

BIOMIMICRY

<a href="http://us1.harunyahya.com/Detail/T/RYUI2FVL184/productId/22538">Sila Klik Disini</a>
Apakah itu biomimetik? Bagi sesetengah dari masyarakat mungkin baru sahaja mendengar  perkataan ini namun ianya memang sudah terlalu lama wujud dimuka bumi ini kerana segala aspirasi alam flora dan fauna ini telahpun digunakan oleh nenek moyang kita sejak dulu. 




Biomimetik adalah bermaksud meniru atau mengambil contoh kebolehan alam semulajadi termasuk haiwan dan tumbuhan yang diterjemahkan kepada rekabentuk kejuruteraan yang dapat digunakan bagi menghasilkan peranti atau perkakasan kegunaan manusia sejagat.Biomimetik merujuk kepada semua bahan, peralatan, mekanisme, dan sistem yang dihasilkan oleh manusia dalam memplagiat sistem-sistem yang wujud di alam semulajadi. Komuniti saintifik sekarang merasakan suatu keperluan yang hebat untuk menggunakan peralatan tersebut, terutamanya dalam bidang-bidang teknologi nano, teknologi robot, kecerdikan buatan, perubatan, dan pertahanan.Nama lain bagi biomimetik ialah biomimikri (biomimicry).
Biomimikri telah diutarakan pada mulanya oleh Janine M. Benyus, seorang penulis dari Montana. Konsep ini kemudian dianalisa oleh ramai orang dan telah mula mecari aplikasinya. Sejumlah komen yang telah dibuat mengenai biomimikri adalah seperti berikut:
Tema "biomimikri" adalah kita hendaklah banyak belajar daripada dunia semulajadi, sebagai model, mengukur, dan mentor. Apa yang pengkajiselidik-pengkajiselidik memiliki dalam persamaan adalah menghormati rekabentuk-rekabentuk semulajadi alam dan ilham untuk menggunakan mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah manusia.

 
Janin M. Benyus
Janine M. Benyus, yang meyakini bahawa model-model alam semulajadi harus ditiru, telah memberi contoh-contoh berikut dalam bukunya, Biomimicry: Innovation Inspired by Nature (Perennial: 2002):

Burung kelicap menyeberangi Teluk Mexico menggunakan kurang daripada  3 gram (satu per sepuluh daripada satu aun) bahanapi,
Pepatung mengendalikan pesawat helikopter paling terbaik,
Sistem pemanasan dan pendingin hawa dalam busut anai-anai paling terhebat dalam istilah penggunaan alat dan tenaga berbanding sistem yang dibuat oleh manusia,
Penghantar frekuensi tinggi kelawar lebih cekap dan lebih peka daripada sistem radar buatan kita,
Alga sinar-cahaya menyatukan pelbagai bahan kimia untuk menyinari badan-badan mereka,
Ikan dan katak artik menyejukbeku dan kemudian menganjal untuk hidup, telah melindungi organ-organ mereka daripada dimusnahkan oleh ais,
Sesumpah dan sotong merubah corak  kulit mereka menyerupai persekitaran dengan sekelip mata,
Lebah,penyu dan burung belayar tanpa peta, dan
Ikan paus dan burung penguin menyelam tanpa sebarang peralatan skuba.
Mekanisme-mekanisme dan rekabentuk-rekabentuk alam semulajadi yang mengkagumkan ini, hanya sebahagian kecil diungkapkan, mempunyai keupayaan mempermewahkan teknologi bagi jurusan-jurusan yang luas. Keupayaan ini menjadi lebih nyata sejajar dengan peningkatan longgokan ilmu kita dan pertambahan kaedah-kaedah teknologi.

1 ulasan: